url stringlengths 37 166 | headline stringlengths 1 136 | content sequence |
|---|---|---|
https://www.melakahariini.my/toh-puan-asmah-hadir-tonton-teater-pukol-anak-sinday-menantu/ |
Toh Puan Asmah hadir tonton Teater Pukol Anak Sinday Menantu
| [
"AYER KEROH 30 Oktober – Isteri Yang di-Pertua Negeri, Toh Puan Asmah Abd Rahman menghadiri Pementasan Teater Muzikal Peranakan bertajuk Pukol Anak Sinday Menantu di Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Melaka, di sini malam tadi.",
"Teater perdana itu sebagai penutup tirai bagi sambutan Festiva... |
https://www.melakahariini.my/nur-azmi-presiden-musa-baharu/ |
Nur Azmi Presiden MUSA baharu
| [
"“Nur Azmi dalam kepimpinan sukan tidak asing lagi antaranya pernah menjawat jawatan penting dalam beberapa badan sukan antaranya Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Presiden Karate Malaysia dan Bekas Timbalan Presiden Hoki Malaysia. ",
"“Pengalaman luas yang dimiliki turut melayakkan beliau untuk diberi... |
https://www.melakahariini.my/covid-19-rekod-baharu-tertinggi-dengan-9180-kes-hari-ini/ |
COVID-19: Rekod baharu tertinggi dengan 9,180 kes hari ini
| [
"KUALA LUMPUR 9 Julai – Malaysia mencatatkan kes harian baharu COVID-19 tertinggi hari ini apabila merekodkan 9,180 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 817,838.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melalui laman Twitternya berkata, Selangor kekal mencatat kes baharu tertinggi dengan... |
https://www.melakahariini.my/segera-muktamad-pemberian-subsidi-penternak-ayam/ |
Segera muktamad pemberian subsidi penternak ayam
| [
"KUALA LUMPUR, 2 Feb – Persatuan Peruncit Bumiputera (BRO) berharap kerajaan akan terus memastikan langkah intervensi atau pemberian subsidi yang saksama kepada penternak ayam tempatan dimuktamadkan segera bagi memastikan mereka kekal berdaya saing.",
"Presiden BRO Datuk Dr Ameer Ali Mydin berkata ini susulan pen... |
https://www.melakahariini.my/terkini-pelitup-muka-tidak-lagi-diwajibkan-di-kawasan-terbuka/ |
(TERKINI) Pelitup muka tidak lagi diwajibkan di kawasan terbuka
| [
"Menteri Kesihatan Khairy Jamaludin berkata, meskipun ketetapan itu kini menjadi pilihan (optional), namun orang ramai masih digalak memakai pelitup muka bagi mengurangkan risiko jangkitan.",
"“Penguatkuasaan Akta 342 juga amsih terus dijalankan kepada individu yang gagal memakai pelitup di kawasan yang diwajibka... |
https://www.melakahariini.my/fish-wholesaler-charged-with-killing-irwan-herman/ |
Fish wholesaler charged with killing Irwan Herman
| [
"KUANTAN June 1 — A fish wholesaler was charged in the Magistrate Court here today for killing Irwan Herman Kamarudin, whose car was rammed by another car driven against the traffic flow in Jalan Pintasan Kuantan last week.",
"Clad in white t-shirt and black shorts, Teoh Kian Peng, 42, understood the charge read ... |
https://www.melakahariini.my/pru15-strategi-kempen-dalam-talian-media-sosial-berbisa/ |
PRU15: Strategi kempen dalam talian, media sosial ‘berbisa’
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Okt – Calon dan parti politik yang bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu memantapkan strategi kempen secara dalam talian kerana ia bersifat masa nyata, cepat dan mudah sampai kepada golongan sasar.",
"Sebagai contoh, dek kerana pandemik COVID-19 ketika Pilihan Raya Negeri Melaka ... |
https://www.melakahariini.my/pasukan-jihad-peroleh-bukti-ketirisan-minyak-masak-ke-negara-jiran-annuar/ |
Pasukan Jihad peroleh bukti ketirisan minyak masak ke negara jiran – Annuar
| [
"KOTA BHARU, 11 Julai – Tindakan tegas termasuk mengubah sistem bekalan akan diambil sekiranya masalah ketirisan minyak masak bersubsidi ke negara jiran terus berlaku, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.",
"Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi berkata langkah terse... |
https://www.melakahariini.my/sindiran-tidak-lunturkan-semangat/ |
Sindiran tidak lunturkan semangat
| [
"BATU KAWAN 31 Ogos – Meskipun berdepan sindiran sesetengah pihak, namun ia sedikitkan tidak melunturkan semangat Sahul Hamid Abdullah untuk menghiasi motosikalnya dengan bendera mini Jalur Gemilang setiap kali menjelang Bulan Kebangsaan.",
"Sahul Hamid, 53, berkata sindiran nakal yang diterimanya hanya disifatka... |
https://www.melakahariini.my/inisiatif-perantisiswa-dilancar-esok/ |
Inisiatif PerantiSiswa dilancar esok
| [
"Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan melancarkan Inisiatif PerantiSiswa Keluarga Malaysia itu di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor pada 2.30 petang esok.",
"“Setiap penerima bakal mendapat Tablet Samsung model terkini, lengkap dengan casing (pelindung), keyboard (... |
https://www.melakahariini.my/persefahaman-malaysia-indonesia-bolehkan-bahasan-melayu-diangkat-sebagai-bahasa-asean-rais-yatim/ |
Persefahaman Malaysia-Indonesia bolehkan Bahasan Melayu diangkat sebagai Bahasa ASEAN – Rais Yatim
| [
"KUALA LUMPUR, 24 Mei – Persefahaman antara Malaysia dan Indonesia adalah kunci penting bagi membolehkan Bahasa Melayu dapat diangkat sebagai bahasa ASEAN.",
"Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim berkata Wisma Putra perlu memainkan peranan dalam mencari jalan khusus bagi menghubungkan matlamat Malaysi... |
https://www.melakahariini.my/mamat-khalid-meninggal-dunia/ |
Mamat Khalid meninggal dunia
| [
"“Arwah pengsan di Sarang Art Hub, Tanjung Malim sebelum dibawa ke Hospital Slim River dan disahkan meninggal dunia,” katanya ringkas melalui pesanan aplikasi WhatsApp kepada Bernama.",
"Selain menumpukan masanya dalam bidang perfileman, arwah juga merupakan pemilik kafe Sarang Art Hub yang dibuka di Tanjung Mali... |
https://www.melakahariini.my/32800-asnaf-dan-b40-naik-bas-percuma-tanpa-had-feb-ini/ |
32,800 asnaf dan B40 naik bas percuma tanpa had Feb ini
| [
"AYER MOLEK 25 Jan – Seramai 32, 800 golongan asnaf dan B40 akan menerima manfaat untuk menggunakan perkhidmatan bas awam secara percuma pada bila-bila masa tanpa had di negeri ini.",
"Exco Pengangkutan negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata perancangan itu akan direalisasikan menjelang Februari depan selaras dalam... |
https://www.melakahariini.my/sanggup-pergi-rumah-ke-rumah-pujuk-anak-murid-datang-sekolah/ |
Sanggup pergi rumah ke rumah pujuk anak murid datang sekolah
| [
"AYER KEROH 16 Mei – Sanggup menebalkan muka pergi rumah ke rumah semata-mata untuk memujuk murid Orang Asli datang ke sekolah demi menimba ilmu.",
"Dia yang juga guru Orang Asli dari suku kaum jakun di Pahang berkata, walaupun pernah bekerja dalam bidang perikanan di sebuah syarikat swasta di Rompin dengan gaji ... |
https://www.melakahariini.my/individu-pulang-tunai-umrah-wajib-pakai-peranti-pengesanan-digital/ |
Individu pulang tunai umrah wajib pakai peranti pengesanan digital
| [
"PUTRAJAYA, 25 Dis – Individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama tujuh hari selepas pulang daripada menunaikan umrah akan diwajibkan memakai peranti pengesanan digital mulai minggu depan, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.",
"Bercakap pada sidang media mengenai perkembangan COVID-19 di sini hari ... |
https://www.melakahariini.my/hendrawan-seu-bok-latih-perseorangan-lelaki-kebangsaan/ |
Hendrawan, Seu Bok latih perseorangan lelaki kebangsaan
| [
"PERSATUAN Badminton Malaysia (BAM) menstruktur semula barisan kejurulatihan pasukan kebangsaan, dalam persediaan menghadapi final Piala Thomas dan Piala Uber, dan juga Olimpik Tokyo.",
"Presidennya Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, perseorangan lelaki akan menyaksikan Hendrawan dilantik sebagai Ketua Jur... |
https://www.melakahariini.my/cuti-umum-majikan-pekerja-perlu-bincang-tentukan-pilihan-tarikh/ |
Cuti umum: Majikan, pekerja perlu bincang tentukan pilihan tarikh
| [
"PUTRAJAYA, 25 Nov – Majikan di sektor swasta dikehendaki berbincang dengan pekerja sama ada mahu memilih Isnin ini sebagai cuti umum atau menggantikannya dengan tarikh lain, demikian menurut Kementerian Sumber Manusia (KSM).",
"KSM dalam kenyataan hari ini memaklumkan sekiranya tiada penggantian, pekerja yang be... |
https://www.melakahariini.my/30-40-peratus-pesakit-long-covid-kembali-bekerja-dalam-tiga-bulan/ |
30-40 peratus pesakit long COVID kembali bekerja dalam tiga bulan
| [
"PUTRAJAYA, 10 Mei – Seramai 30 hingga 40 peratus pesakit COVID berpanjangan (Long COVID) di Malaysia dapat kembali bekerja dalam tempoh tiga bulan selepas dijangkiti COVID-19, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.",
"Sementara itu, Khairy menerusi kenyataan hari ini berkata sebanyak 60 hingga 70 peratus pesa... |
https://www.melakahariini.my/bayaran-fasa-1-bantuan-keluarga-malaysia-mulai-28-mac/ |
Bayaran Fasa 1 Bantuan Keluarga Malaysia mulai 28 Mac
| [
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataan hari ini berkata 8.6 juta penerima akan mendapat bayaran RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan setiap penerima, merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang atau tiada pasangan) dan 3.4 juta individu bujang.",
"“Bagi penerima isi r... |
https://www.melakahariini.my/472-kawasan-lembah-klang-bakal-alami-gangguan-bekalan-air-tidak-berjadual/ |
472 kawasan Lembah Klang bakal alami gangguan bekalan air tidak berjadual
| [
"KUALA LUMPUR, 19 Dis – Sebanyak 472 kawasan di wilayah Petaling, Kuala Lumpur dan Hulu Langat akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan banjir di beberapa kawasan di Lembah Klang.",
"Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa dua loji rawatan air ... |
https://www.melakahariini.my/pm-qatar-ucap-tahniah-atas-perlantikan-ismail-sabri/ |
PM Qatar ucap tahniah atas perlantikan Ismail Sabri
| [
"Ismail Sabri mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Sabtu (21 Ogos)."
] |
https://www.melakahariini.my/insiden-konvoi-kereta-mewah-ahli-perniagaan-pengawal-peribadi-didenda-rm2000/ |
Insiden konvoi kereta mewah: Ahli perniagaan, pengawal peribadi didenda RM2,000
| [
"KULAI, 31 Mei – Seorang ahli perniagaan dan pengawal peribadi, masing-masing didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas pertuduhan gagal mengawal kenderaan dan menyebabkan kecederaan di Lebuhraya Utara-Selatan arah Selatan, Mac lepas.",
"Majistret Sharifah Maleeha Syed Hussin menjatuhkan huku... |
https://www.melakahariini.my/beri-pilihan-kepada-pengguna-untuk-guna-rfid-atau-alternatif-lain-pm/ |
Beri pilihan kepada pengguna untuk guna RFID atau alternatif lain – PM
| [
"PUTRAJAYA 19 Jan – Berikan pilihan kepada pengguna sama ada mahu menggunakan sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) atau alternatif lain.",
"Ismail Sabri berkata, mesyuarat Kabinet pada hari ini telah membincangkan isu tersebut dan memutuskan rakyat mesti diberi pilihan sama mahu menggunakan RFID a... |
https://www.melakahariini.my/kita-bole-menipu-polis-tetapi-bukan-covid-19-ismail-sabri/ |
Kita boleh ‘menipu’ polis, tetapi bukan COVID-19 – Ismail Sabri
| [
"PUTRAJAYA 30 Mei – Surat kebenaran rentas daerah dan negeri bagi tujuan bekerja, pasangan jarak jauh dan kes kecemasan yang diguna pakai kini terbatal bermula 1 Jun ini dan orang ramai perlu mengemukakan dokumen baharu daripada kementerian berkaitan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).",
"Menteri Kanan (Keselamatan... |
https://www.melakahariini.my/amaran-banjir-di-kelantan-terengganu/ |
Amaran banjir di Kelantan Terengganu
| [
"KUALA LUMPUR 25 Feb – Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan ramalan awal banjir di Kelantan dan Terengganu hari ini susulan hujan berterusan peringkat waspada yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).",
"JPS dalam kenyataan hari ini memaklumkan di Kelantan, kawasan diramal banjir ad... |
https://www.melakahariini.my/kerajaan-teliti-keperluan-buka-tanah-perkuburan-islam-pesakit-covid/ |
Kerajaan teliti keperluan buka tanah perkuburan Islam pesakit COVID
| [
"PORT DICKSON 31 Julai – Keperluan untuk membuka tanah perkuburan Islam yang dikhususkan bagi pengebumian jenazah pesakit COVID-19 akan diteliti, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.",
"Beliau berkata perkara itu akan dibincangkan bersama Majlis Fatwa ... |
https://www.melakahariini.my/pm-lancar-pas-keluarga-malaysia-galak-penggunaan-pengangkutan-awam/ |
PM lancar Pas Keluarga Malaysia, galak penggunaan pengangkutan awam
| [
"KUALA LUMPUR 22 Nov – Pengenalan Pas Keluarga Malaysia oleh Prasarana Malaysia Berhad diharap dapat menggalakkan orang ramai menggunakan pengangkutan awam untuk beriadah dan mengunjungi lokasi tarikan di Lembah Klang.",
"Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata pas tersebut membolehkan seramai empa... |
https://www.melakahariini.my/muslim-care-kumpul-buku-untuk-banduan/ |
Muslim Care kumpul buku untuk banduan
| [
"AYER KEROH 10 Sept – Muslim Care Malaysia Society (Muslim Care) sedang menggerakkan program ‘Bantuan untuk Banduan’ iaitu sumbangan bahan bacaan golongan terbabit memenuhi masa terluang berikutan Pelan Pemulihan Negara (PPN).",
"Presiden Muslim Care Zulkifli Wahijan berkata, bahan bacaan yang dikumpul itu akan d... |
https://www.melakahariini.my/rmk-12-cukai-karbon-akan-diperkenalkan-pm/ |
RMK-12: Cukai karbon akan diperkenalkan – PM
| [
"KUALA LUMPUR 27 Sept – Malaysia akan menjadi negara neutral karbon seawal-awalnya pada 2050,” kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"“Perincian langkah-langkah lain bagi pengurangan karbon akan diumumkan setelah kajian strategi pembangunan jangka panjang rendah karbon dimuktamadkan pada akhir ta... |
https://www.melakahariini.my/tanah-runtuh-saksi-dengar-bunyi-kuat-sebelum-lihat-tapak-khemah-ditimbus-tanah/ |
Tanah runtuh: Saksi dengar bunyi kuat sebelum lihat tapak khemah ditimbus tanah
| [
"BATANG KALI, 16 Dis – “Saya dengar bunyi kuat seperti guruh sebelum melihat tapak perkhemahan Zone A ditimbus tanah,” kata seorang saksi kejadian tanah runtuh berhampiran tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm, Gohtong Jaya, di sini awal pagi tadi.",
"Mangsa Teh Lynn Xuan, 22, berkata dalam kejadian kira-kir... |
https://www.melakahariini.my/10000-pelajar-upm-dibenar-kembali-ke-kampus-dengan-sop-ketat-bermula-16-mac/ |
10,000 pelajar UPM dibenar kembali ke kampus dengan SOP ketat bermula 16 Mac
| [
"Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPM Prof Dr Arifin Abdu berkata selaras dengan ketetapan ini semua gerak kerja dan persediaan bagi menerima ketibaan pelajar untuk pulang ke kampus sedang giat dilaksanakan.",
"“Bagi mencegah risiko penularan pandemik COVID-19 dalam kampus UPM, pihak pengurus... |
https://www.melakahariini.my/pejabat-jpn-johor-pasar-dan-medan-selera-larkin-ditutup-seminggu/ |
Pejabat JPN Johor, pasar dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu
| [
"JOHOR BAHRU, 16 Dis – Pejabat Pelajaran Negeri Johor serta Pasar Awam dan Medan Selera Larkin ditutup seminggu bermula hari ini selepas Jabatan Kesihatan Johor mengesan kes positif COVID-19 membabitkan dua premis itu.",
"Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata penutupan hingga 22 Dis itu bagi membole... |
https://www.melakahariini.my/rantau-and-merantau-geography-and-soul/ |
Rantau and Merantau: Geography and Soul
| [
"RANTAU and merantau has been embedded this region since time immemorial. It manifests the spirit of the homeland long before the arrival of the Europeans, and other Asian communities. In the consciousness of the Malays in Malaysia, the practice has long been associated with the Minangkabaus. It is not peculiar to ... |
https://www.melakahariini.my/tiga-mayat-mangsa-banjir-lumpur-telemong-ditemukan/ |
Tiga mayat mangsa banjir lumpur Telemong ditemukan
| [
"BENTONG, 20 Dis – Dua mayat wanita dan satu lelaki, dipercayai daripada kumpulan lima individu yang dilapor hilang dalam kejadian banjir lumpur di Telemong, di sini, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) hari ini.",
"Mayat pertama ditemukan pada 1 tengah hari manakala mayat dua wanita ditemukan pada 1.2... |
https://www.melakahariini.my/220-masjid-846-surau-jalankan-ibadah-korban/ |
220 masjid, 846 surau jalankan ibadah korban
| [
"Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama, Datuk Rahmad Mariman berkata, ibadah korban tahun ini akan melibatkan lebih 1,600 ekor lembu, empat kerbau dan 125 kambing.",
"Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Program Minggu Dakwah (MINDA), Melestarikan Dakwah Insani, Memb... |
https://www.melakahariini.my/kejayaan-jdt-mampu-jadi-pemangkin-bola-sepak-malaysia-hamidin/ |
Kejayaan JDT mampu jadi pemangkin bola sepak Malaysia – Hamidin
| [
"KUALA LUMPUR, 1 Mei – Kejayaan Johor Darul Ta’zim (JDT) melakar sejarah sebagai kelab pertama Malaysia mara ke pusingan 16 terakhir Liga Juara-Juara Asia (ACL), mampu menjadi pemangkin kepada moral pemain negara untuk mencatat kejayaan lebih tinggi di peringkat antarabangsa.",
"Presiden Persatuan Bolasepak Malay... |
https://www.melakahariini.my/syabas-anak-muda/ |
‘Syabas anak muda!’
| [
"KUALA LUMPUR 14 Jun – “Tahniah Damok!”, ucapan itu pastinya menggembirakan dan membanggakan buat pelumba muda negara, Syarifuddin Azman kerana ia dizahirkan oleh pemimpin nombor satu negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin.",
"Perdana Menteri menerusi laman Facebook rasmi beliau berkata, kejayaan Syarifuddin, 19, atau ... |
https://www.melakahariini.my/ribut-petir-hujan-lebat-dan-angin-kencang-landa-beberapa-negeri/ |
Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang landa beberapa negeri
| [
"KUALA LUMPUR, 9 Mac – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan kejadian ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di beberapa negeri bermula 3 petang hingga 7 malam ini.",
"Amaran yang dikeluarkan pada 1.15 tengah hari itu memaklumkan kawasan yang terlibat ialah di Perak (Kuala Kan... |
https://www.melakahariini.my/neelofa-sumbang-15-katil-pesakit-covid-19-kepada-hospital-melaka/ |
Neelofa sumbang 15 katil kepada pesakit COVID-19 di Hospital Melaka
| [
"AYER KEROH 10 Jun – Selebriti terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa hari ini menyumbangkan 15 buah katil elektronik untuk kegunaan pesakit COVID-19 di Hospital Melaka.",
"Berita gembira itu dikongsikan doktor pakar perubatan kecemasan hospital berkenaan, menerusi beberapa perkongsian gambar di akaun Inst... |
https://www.melakahariini.my/pendengaran-semakan-kehakiman-pelaksanaan-undi-18-pada-23-ogos/ |
Pendengaran semakan kehakiman pelaksanaan Undi 18 pada 23 Ogos
| [
"KUALA LUMPUR 1 Julai – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 23 Ogos untuk mendengar permohonan semakan kehakiman oleh 18 anak muda Malaysia bagi mencabar tindakan kerajaan dalam menangguhkan pelaksanaan Undi 18, langkah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun dan pendaftaran pengundi automatik (AVR).",
"Pegua... |
https://www.melakahariini.my/wanita-kantoi-sorok-dadah-dalam-pakaian-dalam/ |
Wanita ‘kantoi’ sorok dadah dalam pakaian dalam
| [
"KOTA BHARU 5 Feb. – Seorang wanita sanggup menyembunyikan sejumlah dadah jenis syabu dan pil Erimin 5 di dalam pakaian dalamnya semata-mata bagi mengelak dikesan polis selepas ditahan bersama sepupu lelakinya dekat Tumpat, hari ini.",
"Menurut Pegawai Pemerintah Batalion Kesembilan Pasukan Gerakan Am (PGA9) Supe... |
https://www.melakahariini.my/penunggang-motosikal-tular-lari-daripada-polis-berjaya-ditahan/ |
Penunggang motosikal tular lari daripada polis berjaya ditahan
| [
"SHAH ALAM, 23 Nov – Polis berjaya menahan seorang lelaki yang tular menerusi media sosial kerana aksi berbahayanya melarikan diri dengan sebuah motosikal ketika dikejar kereta peronda polis di persimpangan Jalan Air Manis-Sungai Besar, Sabak Bernam.",
"Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Agus Salim Mohd Alias b... |
https://www.melakahariini.my/isu-kalimah-allah-anwar-ingatkan-jangan-putar-belit-fakta-tipu-rakyat/ |
Isu kalimah Allah: Anwar ingatkan jangan putar belit fakta, tipu rakyat
| [
"KUALA LUMPUR, 13 Jun – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat.",
"Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara terseb... |
https://www.melakahariini.my/528-tahanan-lolos-pdrm-imigresen-diarah-lakukan-siasatan-terperinci/ |
528 tahanan lolos: PDRM, Imigresen diarah lakukan siasatan terperinci
| [
"Kesemua tahanan itu adalah pelarian yang dipindahkan dari Kem Wawasan Langkawi dan ditahan kerana menceroboh perairan negara serta melanggar Akta Imigresen pada tahun 2020.",
"Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Seri Hazani Ghazali berkata pihaknya mengerahkan lebih 1... |
https://www.melakahariini.my/hazani-pengarah-kdnka-bukit-aman-berkuat-kuasa-6-september/ |
Hazani pengarah KDNKA Bukit Aman berkuat kuasa 6 September
| [
"KUALA LUMPUR 3 Ogos – Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali akan memegang jawatan Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman berkuat kuasa 6 September.",
"Superintendan Komunikasi Korporat PDRM Superintendan A Skandaguru dalam kenyataan berkata, tempat Hazani akan d... |
https://www.melakahariini.my/13-individu-ditahan-bantu-siasatan-samun-kedai-emas/ |
13 individu ditahan bantu siasatan samun kedai emas
| [
"KUALA LUMPUR 8 Sept – Polis menahan 10 lelaki dan tiga wanita dalam beberapa serbuan di Wangsa Maju, di sini, Sabtu dan Ahad lalu bagi membantu siasatan kes samun sebuah kedai emas di Jalan Metro Perdana, Kepong, akhir bulan lalu.",
"Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kesemua warga... |
https://www.melakahariini.my/harga-minyak-masak-botol-dijangka-turun-dalam-masa-terdekat-nanta/ |
Harga minyak masak botol dijangka turun dalam masa terdekat – Nanta
| [
"KUALA LUMPUR, 20 Julai – Harga minyak masak botol dijangka akan turun dalam masa terdekat selari dengan penurunan harga minyak masak mentah dari RM7,000 per tan metrik kepada RM3,600 per metrik tan minggu ini.",
"Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata da... |
https://www.melakahariini.my/kabel-elektrik-bawah-jambatan-pulau-pinang-terbakar/ |
Kabel elektrik bawah jambatan Pulau Pinang terbakar
| [
"GEORGE TOWN 22 Feb. – Kabel elektrik di bawah Jambatan Pulau Pinang di Km 3.3 dekat sini terbakar yang turut menyebabkan kesesakan teruk trafik di kedua-dua hala dalam kejadian petang ini.",
"Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Perai Mohd Fadzil Othman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhub... |
https://www.melakahariini.my/penguasa-kanan-sprm-didakwa-pecah-amanah-us6-94-juta/ |
Penguasa kanan SPRM didakwa pecah amanah US$6.94 juta
| [
"KUALA LUMPUR, 4 Jan – Seorang Penguasa Kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan melakukan pecah amanah wang berjumlah US$6.94 juta.",
"Shahrum Nizam didakwa sebagai penjawat awam iaitu Penguasa Kanan SPRM Gred P44 yang diamanahkan dengan p... |
https://www.melakahariini.my/rm100j-bantu-aktiviti-pemulihan-pasca-banjir-mohd-shahar/ |
RM100j bantu aktiviti pemulihan pasca banjir – Mohd Shahar
| [
"Timbalan Menteri Kewangan Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata bantuan itu antara lain termasuk dana RM100 juta yang diperuntukkan bagi aktiviti pemulihan pascabanjir serta membantu pembelian peralatan dan kelengkapan rumah yang musnah akibat bencana banjir.",
"Beliau berkata kerajaan turut menyediakan bantuan wan... |
https://www.melakahariini.my/mrc-sasar-setengah-juta-pengunjung-hingga-hujung-tahun/ |
MRC sasar setengah juta pengunjung hingga hujung tahun
| [
"TAMAN REMPAH 19 Feb. – Melaka River Cruise (MRC) menyasarkan 500,000 pengunjung bakal menggunakan perkhidmatan itu sehingga hujung tahun ini selepas dibenarkan beroperasi semula mulai hari ini.",
"Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM), Datuk Murad Husin berkata, bagaiman... |
https://www.melakahariini.my/kedutaan-as-adakan-majlis-keberangkatan-maya-buat-dua-kadet-malaysia/ |
Kedutaan AS adakan Majlis Keberangkatan Maya buat dua kadet Malaysia
| [
"KUALA LUMPUR 9 Jun – Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Malaysia hari ini mengadakan majlis keberangkatan secara maya sebagai tanda penerimaan masuk kadet dari Malaysia yang dipilih melanjutkan pelajaran di dua akademi tentera berprestij di negara itu pada tahun ini.",
"Duta Besar AS ke Malaysia Brian D. McFeeter... |
https://www.melakahariini.my/kereta-elektrik-melaka-pacu-era-baharu-bidang-teknologi-exco/ |
Kereta elektrik: Melaka pacu era baharu bidang teknologi – Exco
| [
"PAYA RUMPUT 12 Jan – Pembinaan kilang pemasangan kereta elektrik pertama di Malaysia bakal membuka peluang buat Melaka menjadi destinasi terbaharu pelabur membabitkan bidang teknologi.",
"Exco Teknologi Datuk Rais Yasin berkata, kejayaan menarik pelabur dalam industri kereta elektrik itu merupakan satu kebanggaa... |
https://www.melakahariini.my/kerajaan-berhati-hati-perkembangan-global-khususnya-isu-bekalan-makanan-pm/ |
Kerajaan berhati-hati perkembangan global khususnya isu bekalan makanan – PM
| [
"KUALA LUMPUR, 6 Jun – Kerajaan mengambil pendekatan berhati-hati terhadap perkembangan global terkini khususnya isu bekalan makanan dan kenaikan harga bahan makanan yang menjejaskan kesejahteraan Keluarga Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.",
"Beliau berkata bagi menangani krisis ekono... |
https://www.melakahariini.my/penyanyi-nasyid-didakwa-tanam-17-pokok-ganja-edar-dadah/ |
Penyanyi nasyid didakwa tanam 17 pokok ganja, edar dadah
| [
"Muhammad Yasin, 47, yang hadir ke mahkamah memakai kemeja-T berwarna hitam mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan menanam pokok itu dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Norshila Kamaruddin.",
"Bagaimanapun, bagi pertuduhan mengedar dadah, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh di hadapan Majistret... |
https://www.melakahariini.my/agong-percaya-kerajaan-mampu-buktikan-pencapaian-awal/ |
Agong percaya kerajaan mampu buktikan pencapaian awal
| [
"KUALA LUMPUR 13 Sept – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah percaya kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu membuktikan pencapaian awal dalam tempoh 100 hari pertama menerusi amalan budaya kerja berprestasi tinggi serta tumpuan mencapa... |
https://www.melakahariini.my/bantuan-prihatin-rakyat-dipercepat-dari-mei-kepada-akhir-februari-ini/ |
Bantuan Prihatin Rakyat dipercepat dari Mei kepada akhir Februari ini
| [
"KUALA LUMPUR 27 Jan. – Kerajaan mempercepatkan pelaksanaan Fasa Pertama Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dari Mei kepada akhir Februari ini, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.",
"Menurutnya, bantuan itu diharap dapat memberi manfaat kepada lebih lapan juta penerima B40 yang diluluskan... |
https://www.melakahariini.my/covid-5566-kes-baharu-selangor-kekal-catat-kes-tertinggi/ |
COVID: 5,566 kes baharu, Selangor kekal catat kes tertinggi
| [
"KUALA LUMPUR 8 Jun – Sejumlah 5,566 kes baharu COVID-19 direkod dalam tempoh 24 jam lalu, meningkat sedikit daripada 5,271 kes yang dicatat semalam.",
"Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian dalam laman Twitter berkata, berikutan itu, jumlah kumulatif kes positif di Malaysi... |
https://www.melakahariini.my/kes-basikal-lajak-mahkamah-rayuan-bebaskan-kerani-wanita-daripada-tuduhan-memandu-melulu/ |
Kes basikal lajak: Mahkamah Rayuan bebaskan kerani wanita daripada tuduhan memandu melulu
| [
"Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu.",
"Beliau berkata Seksyen ... |
https://www.melakahariini.my/pelanggan-dobi-terkejut-jumpa-ular-sawa-dalam-mesin-dobi-di-johor/ |
Pelanggan dobi terkejut jumpa ular sawa dalam mesin dobi di Johor
| [
"JOHOR BAHRU, 2 Oktober – Seorang pelanggan yang berhasrat untuk membasuh pakaian di pusat dobi layan diri di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, di sini, semalam, terkejut apabila menemukan seekor ular sawa di dalam mesin basuh.",
"Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Timbalan Penguasa Bomba I, Su... |
https://www.melakahariini.my/pkp-lubuk-rezeki-buat-kedai-komputer/ |
PKP ‘lubuk rezeki’ buat kedai komputer
| [
"AYER KEROH 22 Jan. – Sebuah kedai peralatan komputer di Taman Tasik Utama, di sini, tiba-tiba menjadi tumpuan orang ramai, sejak akhir-akhir ini.",
"Tinjauan Melaka Hari Ini mendapati orang ramai sanggup beratur sejak kedai tersebut dibuka dari awal pagi, kebanyakannya ingin membeli dan membaiki komputer riba te... |
https://www.melakahariini.my/derita-muhammad-fakhrullah-dapat-perhatian-japerun/ |
DUN Serkam: Derita Muhammad Fakhrullah, dapat perhatian Japerun
| [
"SERKAM 9 Ogos – Nasib adik Muhammad Fakhrullah Saiful Aszli, 11, kini terlantar selepas terbabit kemalangan empat tahun lalu mendapat perhatian pijak Japerun Serkam.",
"Setiausaha Japerun Serkam Roslan Abdul berkata, pihaknya menyampaikan sumbangan lampin pakai buang dan susu ketika melawat Muhammad Fakhrullah d... |
https://www.melakahariini.my/agong-permaisuri-berangkat-tunai-haji/ |
Agong, Permaisuri berangkat tunai haji
| [
"KUALA LUMPUR, 21 Jun – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah haji.",
"Majlis keberangkatan Seri Paduka berdua yang diadakan di Istana Negara dihadiri ... |
https://www.melakahariini.my/pak-cik-apam-balik-lejen-ikat-selera-pelbagai-bangsa/ |
Pak cik apam balik lejen ikat selera pelbagai bangsa
| [
"BANDARAYA MELAKA – Selepas 40 tahun, apam balik disediakan Syaruddin Sultan Mojo Basar atau popular dengan panggilan ‘Pakcik Apam Balik’ lejen masih mengekalkan rasanya yang asli.",
"Tidak ada resipi rahsia, tetapi sukatan gula, kacang, jagung dan bancuhan tepung secukup rasa sudah cukup untuk melariskan apam ba... |
https://www.melakahariini.my/anggota-rela-bukan-hanya-kawal-lalu-lintas-majlis-kenduri/ |
Anggota Rela bukan hanya kawal lalu lintas majlis kenduri
| [
"Tugas anggota rela amat sinonim dengan mengawal lalu lintas di majlis kenduri kahwin, pasar malam mahupun majlis keramaian lain, namun, ramai masih tidak tahu pasukan sukarelawan itu turut menggalas peranan penting dalam menjaga keamanan negara dan kesejahteraan rakyat.",
"Pengarah Rela Perlis Ahmad Muazzan Shah... |
https://www.melakahariini.my/lima-gajah-betina-berkeliaran-di-kampung-kuala-tiga-ditangkap-perhilitan-kelantan/ |
Lima gajah betina berkeliaran di Kampung Kuala Tiga ditangkap- Perhilitan Kelantan
| [
"TANAH MERAH 27 Jan. – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menangkap sekumpulan lima gajah betina di Kampung Kuala Tiga di sini semalam yang berkeliaran di kawasan itu sejak November lalu.",
"Pengarah Perhilitan Ady Ermanty Haniff Mohamed Hanif berkata, kelima-lima haiwan liar... |
https://www.melakahariini.my/tambahan-stok-30-peratus-kepada-peruncit-di-musim-banjir-kpdnhep-kelantan/ |
Tambahan stok 30 peratus kepada peruncit di musim banjir – KPDNHEP Kelantan
| [
"KOTA BHARU, 25 Okt – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Kelantan membenarkan tambahan stok sebanyak 30 peratus kepada 67 peruncit di negeri itu bermula 1 Nov.",
"Beliau berkata demikian selepas menjalankan Pemantauan Pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2002 d... |
https://www.melakahariini.my/putrajaya-bincang-lockdown-esok/ |
Putrajaya bincang ‘lockdown’ esok
| [
"KOTA BHARU 20 Mei – Cadangan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh atau ‘lockdown’ di seluruh negara akan dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) COVID-19 di Putrajaya esok.",
"Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata,... |
https://www.melakahariini.my/85134-tan-sisa-banjir-dibersihkan-di-enam-negeri-terjejas-banjir/ |
85,134 tan sisa banjir dibersihkan di enam negeri terjejas banjir
| [
"Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata kerja-kerja pembersihan membabitkan negeri Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutan Kuala Lumpur dan Selangor telah mencapai 98 peratus, manakala Johor mencapai tahap 90 peratus.",
"Beliau berkata untuk semalam ... |
https://www.melakahariini.my/artifak-sejarah-baharu-akan-muncul-di-melaka/ |
Artifak sejarah baharu akan muncul di Melaka
| [
"KOTA LAKSAMANA 18 Mei – Artifak sejarah terbaharu akan muncul di Melaka melalui kerja-kerja penggalian terowong lama yang sedang berjalan di sekitar Bukit Melaka ketika ini.",
"Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM), Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata, bentuk bahan sejarah itu masih belum ... |
https://www.melakahariini.my/prn-johor-hari-mengundi-pada-12-mac-penamaan-calon-26-feb-spr/ |
PRN Johor: Hari mengundi pada 12 Mac, penamaan calon 26 Feb – SPR
| [
"JOHOR BAHRU 9 Feb – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.",
"Pengumuman dibuat Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas SPR berhubung pilihan raya negeri itu di sini hari ini.",
"Be... |
https://www.melakahariini.my/spr-akan-adakan-mesyuarat-khas-bagi-tentukan-tarikh-penting-pru-15/ |
SPR akan adakan mesyuarat khas bagi tentukan tarikh penting PRU-15
| [
"PUTRAJAYA, 10 Oktober – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan menentukan tarikh penting Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) susulan pembubaran Parlimen Penggal ke-14, oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini.",
"Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ish... |
https://www.melakahariini.my/lelaki-serang-petugas-pelajar-pusat-tahfiz-positif-dadah/ |
Lelaki serang petugas, pelajar pusat tahfiz positif dadah
| [
"KUANTAN, 13 Ogos – Dua daripada lima lelaki yang disyaki terlibat dalam kes menyerang petugas dan pelajar sebuah pusat tahfiz di Lipis yang tular di media sosial telah ditahan di sekitar Damak Jerantut, semalam.",
"Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata dua suspek berusia 30-an itu turut mempunyai ... |
https://www.melakahariini.my/gangguan-web-aplikasi-maybank2u/ |
Gangguan web, aplikasi Maybank2u
| [
"KUALA LUMPUR 25 April – Perkhidmatan Maybank menerusi kaedah pembayaran atas talian atau FPX, penggunaan debit dan aplikasi MAE tidak dapat digunakan buat sementara waktu."
] |
https://www.melakahariini.my/sabah-fc-harap-bawa-pulang-mata-malam-ini/ |
Sabah FC harap bawa pulang mata malam ini
| [
"KOTA KINABALU 6 Mac. – Kelab Bola Sepak Sabah (Sabah FC) berharap membawa pulang sebarang mata dalam perlawanan pertama Liga Super 2021 malam ini menentang Melaka United di Stadium Hang Jebat, Krubong, Melaka.",
"Ketua Jurulatih Sabah FC Kurniawan Dwi Yulianto berkata, perlawanan menentang Melaka United malam in... |
https://www.melakahariini.my/mangsa-banjir-di-johor-terus-meningkat/ |
Mangsa banjir di Johor terus meningkat
| [
"JOHOR BAHRU, 25 Jan – Keadaan banjir di Johor semakin membimbangkan dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 3,967 orang setakat 12 tengah hari ini, berbanding 3,612 pagi tadi.",
"Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dalam kenyataan sebanyak enam pusat pemindahan sementara (PPS) baharu dibuka... |
https://www.melakahariini.my/sprm-tahan-pengerusi-koperasi-disyaki-terima-rasuah-bernilai-rm16-juta/ |
SPRM tahan pengerusi koperasi disyaki terima rasuah bernilai RM16 juta
| [
"GEORGE TOWN 11 Julai – Seorang pengerusi lembaga pengarah sebuah syarikat koperasi hartanah yang bergelar Datuk, ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki terbabit menerima rasuah berjumlah lebih RM16 juta.",
"Sumber SPRM memberitahu, suspek didakwa menerima sogokan tersebut d... |
https://www.melakahariini.my/pemansuhan-syarat-i-sinar-permudahkan-proses-pengeluaran-daripada-akaun-1/ |
Pemansuhan syarat i-Sinar permudahkan proses pengeluaran daripada akaun 1
| [
"KUALA LUMPUR 11 Feb. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam proses memansuhkan syarat kemudahan i-Sinar untuk menambah baik inisiatif tersebut selepas mengambil kira maklum balas awam, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.",
"“Pemansuhan syarat bagi kemudahan i-Sinar ini akan m... |
https://www.melakahariini.my/carum-perkeso-keluarga-penghantar-makanan-maut-kemalangan-terima-faedah-sepanjang-hayat/ |
Carum Perkeso: Keluarga penghantar makanan maut kemalangan terima faedah sepanjang hayat
| [
"AYER LIMAU 20 September – Keluarga penghantar makanan, Allahyarham Muhammad Alif Bakar, 29, maut dalam kemalangan jalan raya menerima tiga faedah daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).",
"Exco Perpaduan, Penerangan, Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pengguna negeri, Ngwe Hee Sem berkata, keluarga Muhammad ... |
https://www.melakahariini.my/smart-sbb-kurangkan-kebergantungan-pesawah-terhadap-orang-tengah/ |
SMART SBB kurangkan kebergantungan pesawah terhadap orang tengah
| [
"ALOR SETAR, 13 Feb – Program Smart Sawah Berskala Besar (SMART SBB) yang mula dilaksanakan tahun lepas dilihat dapat membantu pesawah untuk mengurangkan tahap kebergantungan mereka terhadap orang tengah dalam industri padi beras.",
"Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata prog... |
https://www.melakahariini.my/kampung-indah-hidup-harmoni/ |
DUN Telok Mas: ‘Kampung indah, hidup harmoni’
| [
"Sehubungan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Mas Datuk Abdul Razak Abdul Rahman mengambil inisiatif turun padang bagi menyertai masyarakat melakukan gotong-royong di kampung-kampung.",
"“Ini adalah satu contoh yang baik untuk diikuti kampung-kampung lain. “Kampung Indah, Hidup Harmoni,” katanya meneru... |
https://www.melakahariini.my/mot-kaji-teliti-punca-kemalangan-dua-tren-lrt/ |
MOT kaji, teliti punca kemalangan dua tren LRT
| [
"KUALA LUMPUR 26 Mei – Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang meneliti secara terperinci berhubung persepsi yang semakin meluas bahawa ‘kecuaian manusia’ punca berlakunya kemalangan membabitkan dua tren Transit Aliran Ringan (LRT) Kelana Jaya, kelmarin.",
"Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong menegaskan... |
https://www.melakahariini.my/fahmi-mula-tugas-secara-rasmi-sebagai-menteri-komunikasi-digital/ |
Fahmi mula tugas secara rasmi sebagai Menteri Komunikasi Digital
| [
"PUTRAJAYA, 5 Dis – Menteri Komunikasi Digital Fahmi Fadzil memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Komunikasi Digital di sini hari ini.",
"Beliau tiba di kementerian tersebut pada 12.15 tengah hari dan disambut Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Digital Datuk Seri Mohammad Mentek, selepas menghadiri mes... |
https://www.melakahariini.my/tentera-darat-kerjaya-pilihan-graduan-politeknik/ |
Tentera darat kerjaya pilihan graduan politeknik
| [
"MERLIMAU 27 Julai – Markas Tentera Darat Cawangan Sumber Manusia berkongsi ilmu pengetahuan menjadi anggota Tentera Darat kepada pelajar Politeknik Merlimau (PMM) untuk memilih ia sebagai kerjaya di masa hadapan.",
"Pengarah PMM, Norizam Sekak berkata, ia sekali gus memberi ruang kepada Markas Tentera Darat bers... |
https://www.melakahariini.my/tunai-janji-atasi-masalah-banjir-taman-paya-rumput-indah/ |
Tunai janji atasi masalah banjir Taman Paya Rumput Indah
| [
"PAYA RUMPUT 23 Julai – Kira-kira 100 perumahan penduduk di Taman Paya Rumput Indah yang sebelum ini dibelenggu masalah banjir mungkin dapat menarik nafas lega tidak lama lagi.",
"Setiausaha JAPERUN Paya Rumput Mohd Khawari Fazmi Zulkefli berkata, projek itu direalisasikan hasil usaha Ahli Dewan Undangan Negeri (... |
https://www.melakahariini.my/kpdnhep-gesa-90-parlimen-segerakan-lantikan-pkp/ |
KPDNHEP gesa 90 Parlimen segerakan lantikan PKP
| [
"KUALA TERENGGANU, 27 Mei – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menggesa 90 pejabat Ahli Parlimen yang masih belum melantik Penyelaras Kepenggunaan Parlimen (PKP) agar segera berbuat demikian.",
"Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid berkata pelantikan itu perlu dipercepatkan ag... |
https://www.melakahariini.my/kesilapan-teknikal-jejaskan-aksi-sulung-nur-syaiful-di-paralimpik-tokyo/ |
Kesilapan teknikal jejaskan aksi sulung Nur Syaiful di Paralimpik Tokyo
| [
"TOKYO 25 Ogos – Perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli terlepas peluang untuk mara ke peringkat akhir renang 200 meter (m) lelaki gaya bebas S5 (kecacatan fizikal) pada Sukan Paralimpik Tokyo, di sini.",
"Lebih menyedihkan, Pengarah Bahagian Paralimpik Majlis Sukan Negara (MSN) Mohd Sofian Hamzah... |
https://www.melakahariini.my/julai-tempoh-yang-genting-buat-pick-kj/ |
Julai tempoh yang genting buat PICK – KJ
| [
"KUALA LUMPUR 3 Julai – Tempoh tiga bulan akan datang menjadi waktu yang kritikal bagi pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK)",
"Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin berkata, ini kerana pada waktu tersebut, Malaysia akan mula menerima bekalan dos vaksin dalam jumlah yang sangat besar.",
... |
https://www.melakahariini.my/tujuh-negeri-sambung-pkp/ |
Tujuh negeri sambung PKP
| [
"KUALA LUMPUR 21 Jan . – Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di tujuh negeri yang sebelum ini dijadualkan tamat pada Selasa depan dilanjutkan hingga 4 Februari ini.",
"Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan penilaian risiko dan nasiha... |
https://www.melakahariini.my/ziyad-tetap-hero-di-hati-kami/ |
‘Ziyad tetap hero di hati kami’
| [
"AYER KEROH 1 September – Luahan hati jaguh lontar peluru negara, Muhammad Ziyad Zolkefli, 31, yang terlepas pingat emas kedua negara di sukan Paralimpik Tokyo mendapat pelbagai reaksi rakyat Malaysia.",
"Terdahulu, atlet kelahiran Selangor itu membuat permohonan maaf terbuka pada rakyat Malaysia menerusi akaun I... |
https://www.melakahariini.my/pengamal-perubatan-swasta-dijangka-dapat-beri-145000-suntikan-bulan-depan/ |
Pengamal perubatan swasta dijangka dapat beri 145,000 suntikan bulan depan
| [
"PUTRAJAYA 14 Jun – Pengamal perubatan swasta yang terlibat dalam Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, dijangka dapat memberi 145,000 suntikan vaksin COVID-19 sehari bermula bulan depan (Julai), kata Menteri Penyelaras program Khairy Jamaluddin.",
"Menurutnya, lebih 430,000 dos vaksin COVID-19 diberikan kepada ... |
https://www.melakahariini.my/hotel-mitc-sedia-lebih-100-juadah-tawar-baucar-potongan-20-peratus-berbuka-puasa/ |
Hotel MITC sedia lebih 100 juadah, tawar baucar potongan 20 peratus berbuka puasa
| [
"AYER KEROH 24 Mac – Bagi memberikan kepuasan kepada pelanggan berbuka puasa Hotel MITC menawarkan tiga pakej istimewa termasuk diskaun baucar sebanyak 20 peratus pada Ramadan ini.",
"Eksekutif Pemasaran Hotel MITC Nabila Mahat berkata, setakat ini sebanyak 30,000 baucar diedarkan dan setakat ini pihaknya juga su... |
https://www.melakahariini.my/penyandang-kerusi-dun-mulu-taruhan-gps-dalam-prn-sarawak/ |
Penyandang kerusi DUN Mulu taruhan GPS dalam PRN Sarawak
| [
"MULU (Sarawak) 25 Nov – Gabungan Parti Sarawak (GPS) memberikan kepercayaan kepada penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Mulu Datuk Gerawat Gala untuk mempertahankan kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12.",
"Pengerusinya yang juga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berka... |
https://www.melakahariini.my/rm19-90-seunit-harga-runcit-maksimum-kit-ujian-covid-19/ |
RM19.90 seunit, harga runcit maksimum kit ujian COVID-19
| [
"PUTRAJAYA 2 Sept – Harga runcit maksimum bagi kit ujian pantas antigen COVID-19 (ujian sendiri) ditetapkan RM19.90 seunit berkuat kuasa Ahad ini.",
"Perkara itu diputuskan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin... |
https://www.melakahariini.my/eksesais-mantis-disambung-hingga-2024/ |
Eksesais MANTIS disambung hingga 2024
| [
"SUNGAI UDANG 25 Mac.- Eksesais bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK) yang berakhir tahun ini akan disambung untuk tiga tahun lagi sehingga 2024.",
"Panglima Medan Barat Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Muhammad Hafizuddeain Jantan ketika mengumumkan berita gembira i... |
https://www.melakahariini.my/gomez-adriano-sedia-sengat-tok-gajah/ |
Gomez, Adriano sedia ‘sengat’ Tok Gajah
| [
"DUA tonggak penyerang import baharu Kelab Bola Sepak Melaka United (MUFC), Giovane Gomes da Silva dan Adriano Aparecido Narcizo diyakini mampu menjadi senjata ampuh untuk membenam Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, 25 Julai ini.",
"Ketua Jurulatih, Zainal Abidin Hassan berkata, walaupun baru dua bulan menyer... |
https://www.melakahariini.my/adibah-noor-meninggal-dunia/ |
Adibah Noor meninggal dunia
| [
"Allahyarhamah berusia 52 tahun menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gleneagles dipercayai akibat penyakit kanser ovari tahap empat, kira-kira jam 6.30 petang tadi.",
"Antara yang memaklumkan berita sedih itu ialah pelakon, Datin Emylia Rosnaida yang juga isteri kepada Datuk AC Mizal menerusi laman Facebook."... |
https://www.melakahariini.my/inisiatif-payung-rahmah-diperkenal-bantu-kurangkan-kos-sara-hidup-b40-miskin-tegar/ |
Inisiatif Payung Rahmah diperkenal bantu kurangkan kos sara hidup B40, miskin tegar
| [
"JOHOR BAHRU, 8 Jan -Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan memperkenalkan inisiatif Payung Rahmah bagi mengurangkan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah (B40) dan miskin tegar.",
"Menterinya Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata inisiatif yang bakal diumumkan pada Selasa i... |
https://www.melakahariini.my/kastam-lepaskan-tembakan-kejar-lori-bawa-minuman-keras-seludup/ |
Kastam lepaskan tembakan, kejar lori bawa minuman keras seludup
| [
"JOHOR BAHRU, 22 April – Penguat kuasa Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor terpaksa melepaskan beberapa das tembakan ketika cuba menghentikan sebuah lori yang dipercayai membawa minuman keras seludup.",
"Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata lori yang dipandu lelaki berusia 40 tahun i... |
https://www.melakahariini.my/polis-nafi-kejadian-culik-kanak-kanak-lelaki-di-pusat-tuisyen/ |
Polis nafi kejadian culik kanak-kanak lelaki di pusat tuisyen
| [
"JOHOR BAHRU, 10 September – Polis menafikan berlaku kejadian penculikan membabitkan seorang kanak-kanak lelaki di sebuah pusat tuisyen seperti yang tular menerusi aplikasi WhatsApp, hari ini.",
"Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata hasil semakan mendapati pesanan mesej yang mendakwa kejadian terse... |
End of preview. Expand
in Data Studio
About
- Scraped articles from https://www.melakahariini.my/
- Data scraped on 1.7.2023
Dataset Format
{"url": "...", "headline": "...", "content": [...,...]}
- Downloads last month
- 7